RSS
email
0

Majlis Konvokesyen IKM Sik Kali ke-4

Majlis Konvokesyen IKM Sik Kali Ke-4 telah diadakan pada 3 Oktober 2010.

Buat julung kali nya majlis ini diadakan di Dewan Millenium,Kepala Batas,Pulau Pinang.

Seramai 200 orang graduan telah menghadiri majlis Konvokesyen pada hari tersebut.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Majlis Konvokesyen IKM Sik Kali Ke-4 ini telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Azmi Abdul Wahab , Pengurus Besar Modenas.

Tahniah diucapkan kepada semua Graduan yang telah berjaya menamatkan pelajaran di IKM Sik.

Semoga berjaya juga di dalam menempuh alam pekerjaan. InsyaAllah.
Read more
0

Pertandingan Creative Impose

PERTANDINGAN KREATIF IMPOSE
Anjuran Unit Aplikasi Komputer , Jabatan Pengajian Am , IKM Sik.
Tarikh Mula : 29 Ogos 2010
Tarikh Tutup : 29 September 2010
Syarat-syarat Pertandingan
1. Setiap peserta dikehendaki menggunakan perisian Adobe Photoshop sahaja untuk memanipulasikan gambar.
2. Para peserta perlu mencantumkan sekurang-kurangnya 3 gambar yang berlainan hingga menjadi sebuah gambar yang menarik (walaupun tidak logik di fikiran dan belum wujud pada ketika ini).
3. Para peserta diingatkan bahawa gambar yang memaparkan objek tidak bernyawa sahaja yang dibenarkan.
4. Hasil karya peserta haruslah dicetak (berwarna) pada kertas A4 dan dilekatkan pada 'mounting board'.Sila nyatakan nama,kursus,semester dan nombor telefon di belakang ' mounting board'.
5. Selain itu, para peserta juga perlu menyertakan 'soft copy' dalam bentuk CD sebagai bukti hasil karya di mana di dalam CD tersebut perlu ada :
a) file Adobe Photoshop berformat '.psd'
b)gambar-gambar asal (sebelum ia dicantumkan)
6. Sebarang Pertanyaan dan hasil karya peserta boleh diserahkan kepada :
a) En Muhammad Azri Bin Zakaria
b) Pn Normala Binti Mohamad
Read more
0

Laporan 2009 & Perancangan 2010


Laporan sepanjang tahun 2009 bagi setiap unit serta perancangan bagi tahun 2010 juga bagi setiap unit dalam Pengajian Am.

Read more
1

Majlis Perpisahan Ustaz Din


Ustaz Din Dalam Kenangan
Seorang ustaz yang selalu menceriakan suasana dalam Pengajian Am dengan pelbagai celoteh dan gurauan. suara yang dimiliki juga lunak merdu bila didengar. suka nyanyi2 n nasyid. Vokalis Wadid L Jadid. Keceriaan dari ustaz sekejap je dirasai. Ustaz telah berpindah ke IKM Sungai Petani. hilanglah seorang daripada penceria suasana dalam Pengajian Am ini. Majlis Perpisahan telah dianjurkan oleh Pengajian Am pada 10 Jan lepas.


Staf-staf Pengajian Am di Majlis Perpisahan Ustaz Din




Staf Pengajian Am yang bersama-sama meraikan majlis perpisahan Ustaz Din. Muka nampak ceria tapi hati sedih tau. huhuhu.....
Read more
0

Peningkatan Prestasi


2010 telah mula menyinarkan cahayanya. IKM Sik juga mula mengorak langkah dalam menyahut seruan merealisasikan pendidikan yang berkesan. Langkah pertama adalah pertemuan pengarah dengan pelajar-pelajar yang keputusan ujian mereka kurang memberangsangkan dalam sessi julai-disember 2009.

Pertemuan itu dihadiri juga oleh kaunselor dan ketua jabatan pengajian am. Dari pertemuan itu dapatlah dikonklusikan bahawa pelajar yang gagal dalam Pendidikan Agama adalah kerana mereka tidak dapat menghafal surah-surah yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu Pengarah mengharapkan agar Jabatan Pengajian Am mengambil langkah yang pro aktif untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi prestasi para pelajar. Peranan ini harus dijalankan bersama -sama dengan kaunselor IKM Sik.
Read more
0

Keajaiban Azan



Azan adalah panggilan yang mulia, untuk memperingati manusia mendirikan shalat. Persoalannya ialah berapa banyak manusia yang mempedulikannya. Sekurang-kurangnya menjawab panggilan azan itu. Apakah kita rasa terpanggil atau hati kita berdetik ketika mendengarkanya. Hayatilah video ini dan sama-samalah kita bermuhasabah!!!
Read more
0
Tahun 2009, telahpun melabuhkan tirainya. 2010 pula datang menyapa. Sesungguhnya 2009 telah banyak meninggalkan kenangan sukaduka di Jabatan pengajian Am.Walau apa pun tahniah diucapkan kepada semua staff di atas sgala tugas yang dilakukan. Mudah=mudahan 2010 akan membawa seribu rahmat untuk kita




Catatan
Ketua Jabatan Pengajian Am.

Read more
 

Friends