RSS
email

Peningkatan Prestasi


2010 telah mula menyinarkan cahayanya. IKM Sik juga mula mengorak langkah dalam menyahut seruan merealisasikan pendidikan yang berkesan. Langkah pertama adalah pertemuan pengarah dengan pelajar-pelajar yang keputusan ujian mereka kurang memberangsangkan dalam sessi julai-disember 2009.

Pertemuan itu dihadiri juga oleh kaunselor dan ketua jabatan pengajian am. Dari pertemuan itu dapatlah dikonklusikan bahawa pelajar yang gagal dalam Pendidikan Agama adalah kerana mereka tidak dapat menghafal surah-surah yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu Pengarah mengharapkan agar Jabatan Pengajian Am mengambil langkah yang pro aktif untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi prestasi para pelajar. Peranan ini harus dijalankan bersama -sama dengan kaunselor IKM Sik.

Bookmark and Share

0 comments:

 

Friends